Diana Danielle bakal timang cahaya mata kedua

Diana Danielle bakal timang cahaya mata kedua - Pasti ramai sudah mengetahui bahawa aktres kacukan, Diana Danielle, 24, kini sedang sarat hamil anak kedua. Mengambil keputusan untuk tidak mengetahui jantina anak keduanya ini, Diana berkongsi, dia tidak kisah akan jantina anaknya kali ini, namun mengakui belum puas memiliki cahaya mata lelaki.

“Kalau ikutkan saya tak kisah jantina lelaki atau perempuan. Kalau dapat anak lelaki lagipun ok, Muhammad ada kawan. Kalau dapat perempuan pun saya tak kisah, dapat sepasang. Janji sihat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Skrin 2015, baru-baru ini.

Bakal menyambut kelahiran anak kedua yang dijangka lahir sekitar November ini, isteri Farid Kamil ini berkata, kehamilan kali kedua tidak banyak berbeza dengan pengalaman sebelum ini. Bahkan katanya, dia masih aktif dalam menjalani rutin hariannya seperti biasa, menguruskan hal rumah tangga di samping masanya banyak dihabiskan menjaga anak sulungnya, Muhammad yang kini berusia 2 tahun.

“Sejak usia kandungan saya masuk empat bulan saya sudah tidak berlakon dan ambil sebarang tawaran. Sekarang ini saya lebih banyak habiskan masa di rumah dan menjaga Muhammad dan banyak luang masa untuknya.

Alhamdulillah, Muhammad pun teruja nak jadi abang dan sekarang ini dia pun sudah mula gelar diri dia abang. Saya pun sudah membuat persiapan keperluan untuk menyambut kelahiran ini,” katanya yang tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilan.

Berkongsi mengenai tempoh berpantang nanti, Diana berkata, dia mahu melalui proses berpantang secara tradisional. Kali ini Diana Danielle berhasrat berpantang secara tradisional.- sumber diana danielle bakal timang cahaya mata kedua

"Atas nasihat seorang teman saya, jadi saya rasa kali ini saya mahu berpantang mengikut cara tradisional dan berpantang selama 100 hari. Selain keluarga yang memang akan menjaga saya, saya akan upah mak bidan atau orang yang sudah biasa menjaga wanita bersalin untuk menjaga saya sepanjang tempoh berpantang nanti,” katanya yang mahu kembali aktif dengan kerjaya seninya."

Diana Danielle bakal timang cahaya mata kedua

0 Response to "Diana Danielle bakal timang cahaya mata kedua"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel