Dugaan dalam hidup Tasha Shilla

Dugaan dalam hidup Tasha Shilla - Berhubung mengenai segala kontroversi dan isu panas yang timbul berkaitan dirinya sejak kebelakangan ini (2015), ini yang dapat Tasha Shilla katakan..

“BAGI saya, benda buruk yang kita buat adakalanya ada baiknya. Saya tak menyesal kerana apabila di duga dengan dugaan sebegini, menjadikan saya lebih kuat,” ujarnya.

Jelas pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abd Razak ini, dia bagaimanapun akan lebih berhati-hati dan mendalami apa yang berlaku dalam perjalanan karier seninya. Menyifatkan segala tohmahan dan kritikan yang diterima sebagai ujian yang sudah tertulis buatnya, Tasha berkata, ia menjadikan dirinya seorang yang lebih kuat dan tabah.

“Ada ketikanya saya kecewa juga dengan apa yang berlaku. Tapi dalam hidup kita tak digalakkan kecewa. Malah apabila berdepan dengan dugaan ini membuatkan setiap hari saya belajar. Setiap ujian dan dugaan yang datang, kita tak pernah duga.

Tapi saya terima dengan hati yang reda. Apa yang penting jangan putus asa dan sentiasa bersikap lebih positif,” katanya yang ditemui media, baru-baru ini.

Tasha berkata, dia juga tidak mengambil pusing dengan tohmahan yang datang dari peminat dan pengikutnya di laman sosial.

“Kalau saya pun melenting dengan apa yang mereka kata, sama saja saya dengan mereka. Bila dah lama dalam industri, kita dah faham dengan asam garam peminat.Jadi kita kena lebih matang dan jangan ambil pusing. Kalau kita simbah petrol dalam api yang marak, sampai bila tak akan padam.

Tapi ada masanya saya baca juga apa yang mereka komen tapi benda yang negatif saya tak simpan. Bila simpan perkara negatif dalam hidup mulalah tertekan, murung. Kalau kurang ajar sangat, biasanya saya sekat terus mereka,” katanya yang kelihatan semakin kurus.

Di tanya bagaimana dia mendapat kekuatan dalam menghadapi dugaan yang datang satu per satu, Tasha berkata, ibunya, Rosnah Suratman, 58, merupakan sumber kekuatan dalam hidupnya.

“Tak dinafikan, ibu saya merupakan sumber kekuatan. Alhamdulillah ibu saya banyak memberi kata-kata semangat setiap hari. Kerana dia saya tabah dengan segala dugaan yang datang,” jelasnya.

Tidak hanya menjadi sumber kekuatan, Tasha berkata, ibunya kini juga kembali membantu menguruskan karier seninya.

“Ketika awal-awal dulu memang ibu yang uruskan saya, tapi kerana sibuk dengan perniagaan dan kemudian menguruskan anak buah, jadi dia tak dapat uruskan saya. Alhamdulillah sekarang dia dah lapang, jadi dia kembali uruskan anak dia yang dah besar panjang ni. Lagipun saya susah nak percayakan orang, dan ibu pula tahu saya luar dalam bagaimana, jadi senang untuk kami bekerja bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perjalanan karier seninya yang dilihat semakin perlahan, Tasha mengakui, dia sememangnya sedang memperlahankan aktiviti lakonannya kerana ingin berehat selepas terlalu sibuk dengan penggambaran. Katanya, tawaran lakonan masih ada yang datang, namun dia mahu bekerja setelah benar-benar bersedia.

“Saya tolak banyak tawaran sebab buat masa ini saya mahu berehat. Lagipun sekarang saya lebih memilih dari segi skrip dan watak. Saya juga mahu suasana kerja yang selesa dan baik terutama dengan pihak produksi,” katanya.

Sementara itu, ibunya sempat mencelah memberitahu Tasha Shilla menolak satu tawaran berlakon telefilem di Indonesia.

“Ya, ada tawaran dari sana. Saya ditawarkan berlakon telefilem bersama antara pelakonnya, Bunga Cinta Lestari dan Redza Minhat, tetapi saya belum terbuka lagi untuk terima tawaran dari sana. Sebab bila kita berlakon, kita kena buat dari hati. Kalau hati kita masih lagi was-was, baik saya tolak dulu. Saya percaya rezeki saya dalam bidang lakonan ini tetap ada. Kita tunggu,” katanya.

Sementara itu, diusikkan dengan pertanyaan kisah cintanya, Tasha berkata, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali menjalinkan hubungan percintaan. Cuma, buat masa ini dia belum bertemu lelaki yang sesuai. Malah Tasha Shilla masih tercari-cari cinta tersebut.. - sumber dugaan dalam hidup tasha shilla

“Saya tak pernah tutup pintu hati saya. Malah dalam bekerja pun kita kena sentiasa pastikan hati kita terbuka barulah ikhlas. Cuma buat sementara waktu, saya mahu fokus kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Malah saya juga tidak meletakkan apa-apa kriteria pada lelaki yang mahu mendampingi saya. Pada saya, janji lelaki itu terima saya seadanya, jujur dan sanggup mempertahankan masa depan cinta kami, itu sudah cukup,” katanya.

Dugaan dalam hidup Tasha Shilla

0 Response to "Dugaan dalam hidup Tasha Shilla"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel