Kenaikan pencen pesara GLC naik RM750 - #bajet tahunan 2016

Kenaikan pencen pesara GLC naik RM750 - #bajet tahunan 2016 - KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbang cadangan untuk menaikkan bayaran pencen sebnayak RM750 bagi pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada pembentangan Bajet 2016, Jumaat ini.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Mohamed Shafie BP Mammal memaklumkan, sehingga kini, pesara-pesara GLC dan swasta masih menerima bayaran pencen yang rendah.

Berita terkini menarik : Golongan OKU mohon bantuan - #Bajet 2016

"Kami merayu Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mengkaji semula kadar bayaran pencen itu kerana ada dalam kalangan pesara-pesara GLC dan penswastaan masih menerima bayaran pencen serendah iaitu antara RM150 dan RM250 sebulan," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Mohamed Shafie, bayaran yang diterima oleh golongan tersebut jelas tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Baca juga : Responsive widget footer 3 kolom - Tutorial blogspot

UNI-MLC berpendapat jumlah bayaran pencen itu ditakrifkan hidup di bawah paras kemiskinan.

Katanya, pesara GLC dan penswastaan disarakan dari sektor awam pada usia muda, jadi, golongan itu menerima pencen yang rendah kerana gaji akhir yang diterima pawa waktu itu tidak tinggi berikutan perkhidmatan kurang daripada 25 tahun.

"Pekerja-pekerja GLC dan penswastaan merupakan bekas penjawat awam sebelum Dasar Penswastaan Negara dilaksanakan pada tahun 1983 dan mereka telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara," ujar Mohamed Shafie lagi.

Permintaan kenaikan bayaran pencen itu antara lain bagi menghargai jasa mereka yang telah menunjukkan prestasi baik selama ini.
Tahun lalu, UNI-MLC bersama Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC telah menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri merayu kadar bayaran pencen pesara GLC diselaraskan dalam pembentangan bajet. - astroawani

0 Response to "Kenaikan pencen pesara GLC naik RM750 - #bajet tahunan 2016"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel